Dia...adalah my 1st love...dialah penawar, dia lah racun, dia lah bahagia juga derita ku...walau apa pun jua dia..sesungguhnya salah satu DOA aku dr mula ku kenal dan berkawan tahun 1986 termakbul jua oleh Allah yang ESA...syukur ya amat!! sungguhpun kami mula kenal dan berkawan di usia yg masih belasan tahun hasil di dlm kelas yang sama..namun semangat kami utk bersaing dlm pelajaran x pernah kami lupa..kira mcm x hanyut laaa dgn rentak percintaan remaja..lebih kurang mcm cinta penuh istiqamah...cewaahhh!!
Walaupun kami terpisah secara jasad krn meneruskan pengajian tinggi di pusat pengajian yg berlainan, namun hati kami terpaut terikat antara satu sama lain...aku bukan lah secantik dia yg tampan dan bergaya, namun berkat aku yg x pernah lupa berdoa usai solat utk berkekalan dlm perhubungan ini..didengari Allah!! alhamdulillah..bnyk sungguh dugaan dan cabaran tp aku nie type yg SABAR tu tinggi..so bersatu jua walau tiada istilah dating dlm perhubungan 14 tahun kami, hanya di telefon pengerat kasih...sadis jugak kan kisah kami nie krn sbg spsg kasih harus nak jumpa, dating2, makan2, tgk wayang tp semua tu tiada dlm perhubungan kami...huhuhuhuuuuuuu!! dia IKHLAS dan hanya KEIKHLASAN dlm perhubungan memeteraikan sebuah ikatan yg sgt padu di antara kami..
Alhamdulillah setelah 14 tahun kami berkawan..di tahun 2000 barulah termeterai ijab berwalikan saksi...bahagianya aku waktu itu serasa akulah wanita paling bahagia di dunia ini..alhamdulillah bahagia itu berkekalan hingga ke saat ini..bahagia dgn istilah dan cara kami sendiri...Syukur ya Allah kerana mengurniakan insan yg sebaik dia, yg menjadi jejaka idamanku dr dulu, kini hingga selama2nya...
Ya Allah!! eratkanlah hubungan aku dgn suamiku hingga ke akhir hayat..antara doa yg x pernah aku lupa selepas diijabkabulkan..kerana sesungguhnya hubungan ini sungguh membawa makna yg sgt besar dlm hidupku...aku sayang, kasih dan cinta dia seumur hidupku walau mcm2 dugaan yg harus ku tempuhi..u r my life Mr Mohd Rodzi bin Abdul Rahman..barakallah!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment